Pautan Pantas
direktoritakwime melmylmsealumnimohonaduanfacebookinstagram

Dr. Musa
Dr. Mohd Musa bin Sarip
Dekan Fakulti Syariah dan Undang-undang
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Assalamualaikum wrt wbt dan salam sejahtera

Selamat datang ke laman web rasmi Fakulti Syariah dan Undang-undang.

Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) baharu ditubuhkan secara rasmi pada 1 Februari 2017. Moto FSU “Peneraju profesionalisme syariah” adalah seiring dengan aspirasi KUIS untuk melahirkan generasi baharu, berijwa Dai’, ulama dan umara yang mampu mengintegrasikan ilmu, berakhlak dan mesra masyarakat setempat.

FSU sentiasa berusaha untuk memenuhi aspirasi KUIS serta tuntutan dan keperluan tranformasi pendidikan negara terutama dalam tujahan syariah dan undang-undang. Laman web ini adalah sebahagian komitmen kami bekerja secara berpasukan dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan berkualiti berteraskan al-Quran dan al-Sunnah.

Kepada para pengunjung laman web FSU, saya ingin mengucapkan selamat melayari laman web kami. Semoga laman ini dapat membantu tuan/puan mendapatkan maklumat yang diperlukan mengenai FSU terutamanya berkaitan program-program pengajian, kepakaran pensyarah dan khidmat ummah yang ditawarkan.

Terima kasih.