faridah
FARIDAH BINTI MAT
Peguam Syarie di Tetuan Sharif Ridzuan & Co.
ljazah Sarjana Muda Syariah dengan Undang-undang (Kepujian)
“Kerja saya menuntut untuk mendengar dan memberi nasihat dari sudut syariah dan undang-undang. Oleh itu tanpa pengalaman dalam persatuan serta bersosial atau bermuamalah dengan masyarakat semasa di UIS tidak mungkin mudah untuk saya duduk dalam bidang ini. Semua itu akan dirasai apabila kita berhadapan dengan orang awam tidak kira jangkauan usia mereka. Yang penting komunikasi yang bijak dan keselesaan mereka ketika bersama dengan kita. UIS juga telah memberikan kesan kepada saya SIAPA SAYA PADA HARI INI. Karier saya bermula dari pendidikan saya di UIS dan ke mana sekalipun saya pergi nama UIS tetap terjulang dan menjadi kebanggaan saya.”
azhan yahya
MOHAMAD AZHAN BIN YAHYA
Pensyarah Fakulti Undang-undang, UKM
Pemegang tauliah peguam di Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Kelantan
Sarjana Undang-undang (LLM), UKM
Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan Undang-undang (Kepujian), KUIS (2012)
“Alhamdulillah UIS banyak membentuk siapa diri saya hari ini. Saya amat berterima kasih kepada ibu bapa yang menghantar saya ke UIS untuk menuntut ilmu. Pengalaman berharga di UIS tidak akan pernah saya lupakan”.
rahisal adnan
MOHD RAHISAL BIN ADANAN
Pendakwa Syarie Daerah Kuantan, Pahang
Ijazah Sarjana Muda Syariah Dengan Undang-Undang (Kepujian) KUIS (2012).
“Bismillah…Kerja saya sekarang adalah mengendalikan kes-kes jenayah syariah di negeri Pahang. Oleh itu, tanpa ilmu yang dicurahkan oleh pensyarah yang profesional dari Fakulti Syariah dan Undang-undang(UIS) yang sentiasa tidak jemu dalam membantu pelajarnya di UIS tidak mungkin mudah untuk saya berkhidmat dalam bidang ini. Serta tanpa pengalaman dalam berpersatuan di bumi UIS juga tidak mungkin mudah bagi saya untuk berorganisasi di dunia luar. Semua ini akan dirasai apabila saya berhadapan dengan orang awam di dalam organisasi dan di dalam bidang jenayah syariah kini. Saya berbangga menjadi anak didik UIS dan berterima kasih kepada pensyarah yang membantu saya selama ini. Sehingga ke hari ini ilmunya mengalir di dalam diri dan saya berusaha memanfaatkannya untuk ummah. JazakAllah warga UIS seadanya.”
hariz shah
MOHAMMAD HARIZ SHAH BIN MOHAMMAD HAZIM SHAH
Research Assistant, Jabatan Syariah dan Undang-undang, Akademi Pengajian Islam, UM.
Sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Syariah dan Undang-undang di UM (secara ‘fast track’ terus melalui Ijazah Sarjana Muda Syariah Dengan Undang-undang Kelas Pertama KUIS).
ljazah Sarjana Muda Syariah Dengan Undang-undang (Kepujian), KUIS (2014)
“Walau di mana jua kita berada, kita harus meletakkan tahap pemikiran dalam minda kelas pertama. Dengan suasana biah solehah, pensyarah-pensyarah yang hebat dan teman-teman yang baik, saya telah memperoleh pelbagai pengalaman berharga dan ilmu yang bermanfaat sepanjang pembelajaran di UIS. Diharapkan UIS lebih maju dan berdaya saing dengan penubuhan Fakulti Syariah dan Undang-undang yang baru ini. Syukur Alhamdulillah”.
yuszairi zam
MOHAMAD YUSZAIRI BIN MOHAMAD ZAM ZAM
Hakim, Mahkamah Rendah Syariah Daerah Klang
ljazah Sarjana Muda Syariah Dengan Undang-undang (Kepujian), KUIS (2013)
"Seorang pelajar (Mohamad Yuszairi) yang sangat komited bukan sahaja dalam pembelajaran tetapi juga dalam berpersatuan. Saya rasa pakej inilah yang banyak membantu beliau layak untuk berkhidmat dalam sektor awam di bidang kehakiman syariah."  - Pensyarah JSU, UIS.